Rabu, 30 November 2011

JUMPA LAGI...

Lama sungguh tak edit blog, bukan tak jenguk sini...jenguk sesangat boleh dikatakan hari-hari datang sini membuang sarang lelabah yang bergantungan...hik3. Kadang2 rasa malu sendiri aku pernah dilantik sebagai fasilitator untuk mengajar cikgu2 kat sekolah membuat blog. Ha3...fasi.rupanya aku ni....kwang3 tapi blog sendiripun terabai.....
Kenapa tak edit blog? Tak ada cerita ke? Kalau nak diikutkan cerita, banyak sangat la....tapi sebenarnya nak edit blog aku perlukan masa yang lebih, utk menulis, mengarang dan mengolah cerita dan aku tak ada masa untuk semua tu. Aku hanya singgah sekejap-sekejap sahaja........
Sekarang cuti sekolah so bolehlah aku nak berlama di sini pun.....Hari ni 1hb Dis 2011 dan aku akan buat n3 1 hari satu cerita...amacam mengancam tak?

n3 aku yang pertama utk bulan 12 ni ialah pasal gaji yang ditunggu-tunggu oleh semua kakitangan awam.....termasuklah aku yang hari-hari surf dalam internet untuk dapatkan maklumat yang terkini, bukan apa exited sangat nak naik pangkat nih. He2.

BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan...

Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat...

Syarat sah dlm perkhidmatan hanya 6 BULAN
dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI...

Kenaikan pangkat daripada :
DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun dan
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun sahaja

Kenaikan tahunan untuk :
DG 41... RM 230
DG 44...RM 250
DG 48...RM 270
DG 52...RM 290
DG 54...RM 320

GAJI PERMULAAN :

DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali,
bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018...

Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula, dan pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000...

* Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )...

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.