Selasa, 24 Februari 2009

PENDAFTARAN SBP AMBILAN KE-2...

25 Februari 2009

Bermulalah kehidupan Si Sulung sebagai seorang penghuni asrama setelah selamat melapor diri di SM Sains Sultan Mahmud (SESMA). Air muka yang tak ceria membuatkan aku fikir 2x nak ambil gambar Si Sulung. Tak apalah tak ada gambar... Berbagai nasihat aku berikan, aku bimbang Si Sulung tidak boleh menyesuaikan diri. Sikapnya yang 'moody' mungkin membuatkan dia susah untuk mesra dengan cepat... Tapi aku tahu dia boleh membawa diri kerana dalam dirinya ada sikap berdikari walaupun di rumah dia selalu aku musuhi kerana tidak tahu mengemas barang-barang peribadinya. Semoga dengan tinggal di asrama akan mengajar dia lebih 'alert' dengan dirinya dan akan lebih bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. Besar harapan aku terhadap Si Sulung kerana beliau anak sulung yang pastinya menjadi contoh kepada Si Tengah dan Si Bongsu.

Khamis, 19 Februari 2009

ANAK-ANAKKU....

Dulu masa aku muda belia, masa belum kahwinlah...kalau ada yang bertanya " kalau kahwin nanti nak anak berapa orang?" Aku tanpa segan silu akan menjawab "4 orang". Masa tu aku tak pernah terfikir ada ke orang yang nak kan aku ni... Kalau ada yang bertanya lagi "Kenapa nak 4 orang?". Aku dengan selamba akan menjawab " sebab kalau 3 orang rasa macam sikit je, tapi kalau 5 orang rasa macam ramailah pulak...!!!!!" Kah ! kah ! kah !
Namun begitulah, takdir Allah tiada siapa yang dapat menjangkakannya...aku hanya mempunyai 3 orang anak yang jarak umur antara satu sama lain agak jauh. Si Sulung dengan Si Tengah jaraknya 7 tahun, dan Si Tengah dengan Si Bongsu jarak umurnya 4 tahun dan kini umur aku dah 40 tahun. Boleh beranak lagi ke?
Aku sering juga terfikir sendiri, kalaulah antara Si Sulung dengan Si Tengah aku ada seorang lagi anak perempuan....ooooooo berangan tak salahkan....!!!!
Si Sulung telah mendapat tawaran ke SBP SM Sains Sultan Mahmud 2nd intake. Hari tu aku beriya sangat suruh Si Sulung pergi interview untuk 2nd intake ni tapi kini bila dah dapat aku juga yang berat untuk melepaskan. Dah lah anak tak ramai, seorang dah nak gi duduk asrama pulak...uhukkkkk.

Isnin, 2 Februari 2009

SELAMAT HARIJADI AINUL ADLEEN...

2 Februari...

Giliran Si Bongsu pula menyambut harijadi...Seronoknya dia dapat kek. Hari ini Si Bongsu telah genap 3 tahun, bertambah becoklah mulut Si Murai ni... 'Happy Birthday'!!!!!. Semoga dengan adanya Si Bongsu, ibu dan abi akan dimurahkan rezeki berganda-ganda...

Isnin, 26 Januari 2009

JEMPUTAN UNTUK MAJLIS KESYUKURAN...

Majlis Kesyukuran Perkahwinan adik hubbyku yang bongsu akan diadakan dirumahku. Perbelanjaan untuk majlis tersebut sebahagian besarnya akan dikeluarkan oleh hubby dengan dibantu oleh adik beradiknya yang lain. Gulai kawah yang pada mulanya dirancang 2 telah menjadi 3. Majlis yang awalnya dirancang kecil sahaja nampaknya dah menjadi bertambah besar kerana berita tersebar dengan cepat semasa hari pemergian arwah mertuaku. Kad yang dicetak 200 keping pada awalnya telah tidak cukup kerana turut dihulurkan kepada saudara mara yang datang melawat yang mana pada awalnya tidak ada dalam senarai jemputan...

AYAH MERTUAKU...

23.1.2009(Jumaat)
Ayah mertuaku telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3.30 pagi di Hospital Nur Zahirah. Perginya dengan tidak disangka-sangka kerana ibu mertuaku yang telah 2 tahun lebih diserang angin ahmar masih sihat walaupun terbaring dan makan minumnya perlu dibantu. Sudah sampai masanya, maka kami kena redha dengan pemergiannya ini. Hubby aku nampaknya orang yang paling sedih dengan pemergian ayahnya, dulu dialah anak yang paling nakal...tapi dialah anak yang satu-satunya ada disamping ayahnya disaat pemergian...membantu ayahnya disaat-saat terakhir... Aku juga merasa sedih dan terkilan kerana pemergian ayah mertuaku sebelum sempat dia mewalikan satu-satunya anak perempuannya yang akan berkahwin pada 7.2.2009 nanti...Walaubagaimanapun hubby dengan adik beradiknya akan memastikan majlis kesyukuran perkahwinan itu akan berjalan lancar sebagaimana yang diimpikan oleh arwah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....

Ahad, 18 Januari 2009

TEMUDUGA LAGI...

19.1.2009
Hari ini Si Sulung ke Sekolah Sains Sultan Mahmud(SESMA) untuk temuduga 'intake' kedua. Aku berharap sangat kali ini Si Sulung akan berjaya dan diapun nampaknya berminat... Baru masuk minggu ke-3 persekolahan bermula, aku dah terasa kesukaran menghantar dan mengambil Si Sulung. Hantar pagi taklah rasa terbeban sangat tapi aku rasa kelam kabut apabila sesi persekolahan berakhir kerana aku terpaksa tergesa-gesa pulang untuk mengambil Si Sulung pula. Sedikit sebanyak membuatkan kerja buat aku sedikit terganggu kerana terpaksa pulang 1 jam awal dari biasa. 1 jam banyak benda yang aku boleh buat tu...

Jumaat, 16 Januari 2009

ILHAM DARI MIMPI...

Tak ku sangka seawal 7 pagi hari ini aku berjaya menambah slaid dan musik dalam blogku. Aku hanya belajar dengan menimba ilmu dari blog-blog yang aku lawati. Nak berguru sebenarnya.....tapi tak ada guru yang boleh memberi aku ilmu itu, so itulah cara yang terbaik setakat ini.

Rabu, 7 Januari 2009

PERSEKOLAHAN 2009 TELAH BERMULA...



Hari pertama sesi persekolahan 2009, wah penuh bergaya Si Sulung dan Si Tengah memperagakan seragam sekolah baru mereka. Mereka bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. Si Sulung akan ke sekolah dihantar oleh Ibu dan Si Tengah akan dihantar oleh Abi. Adilkan?

Harap-harapnya anak-anakku ini mempunyai masa depan yang baik...

Isnin, 5 Januari 2009

HARIJADIKU...

Hari ni harijadi aku yang ke....... sedihnya sebab tak ada orang wish 'happy birthday'. Entah hubby ingat ke tidak ni...

Khamis, 1 Januari 2009

GAMBAR-GAMBAR DI LANGKAWI...

di JETI KUALA PERLIS DAN LANGKAWI GEOPARK




di DATARAN HELANG, LANGKAWI




di ORIENTAL VILLAGE, LANGKAWI

di UNDERWATER WOLRD, LANGKAWI


Ahad, 28 Disember 2008

MELANCONG KE LANGKAWI...

Aku dan keluarga berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Tiba di Langkawi pada pukul 12 tgh 25.12.2008 dan bertolak balik 27.12.2008 pukul 5 ptg. Seronoknya bercuti bersama-sama keluarga sambil2 menghabiskan duit...
Aku dan family tiba di rumah pukul 5 pagi 28.12.2008. Lepas berkemas dan mandi aku bersiap untuk ke sekolah sebab ada mesyuarat guru pukul 9 pagi. Hari ini aku kantoi habis sebab pukul 7 pagi aku tertidur. Aku terjaga dan tengok jam rupa-rupanya dah 9.20 pagi... Aaaahhh lambatlah masuk mesyuarat....macamana ni!!!!!!!!!!!


Selasa, 23 Disember 2008

TAWARAN KE TINGKATAN 1...

Selain ke SMK Sultan Sulaiman(Premier) , Hari ini Si Sulung mendapat tawaran ke SMK Mak Lagam(Elit) di Kemaman. Aku tak tahu nak kata apa...Si Sulung nampak gembira sangat dengan tawaran yang dia dapat tapi nak 'survey' kawan-kawan dulu katanya... Aku? Aku lebih suka dia 'stay' saja kat SS tu, senang aku nak tengok-tengok dia belajar macamana ... Aaaaah akupun naik pening memikirkan semua ini...
Sambil2 tunggu tawaran MRSM( kalau dpt) aku buat rayuan untuk SM Sains Sultan Mahmud. Harap-harap adalah yang sangkut nanti...

Ahad, 21 Disember 2008

PERSEDIAAN KEMBALI KE SEKOLAH...

20.12.2008, aku keluar membeli belah untuk Si Sulung dan Si Tengah bagi persediaan persekolahan 2009. Si Sulung akan melangkah ke Tingkatan 1 dan Si Tengah akan menjejaki kaki ke darjah 1. Banyaklah jugak belanjanya..bersayap duit aku RM350, itu hanya untuk pakaian sekolah dan beg sahaja tidak termasuk alat tulis lagi... masa yang diuntukkan dari pukul 3 hingga 7 tak sempat untuk membeli kesemua barang-barang yang dihajati...

Jumaat, 19 Disember 2008

HARI INI DALAM SEJARAH...

Entah apa mimpi cuti kali ini hubby aku rajin pulak nak 'gi jalan-jalan cari makan'. Pantang aku ajak, dia akan kata 'JOM'. Kali ini aku ajak dia jalan-jalan ke Dungun dan ke Kerteh. Tujuannya untuk ke MESRA MALL yang baru dibuka di bandar baru Kerteh. Kat situ ada kedai buku POPULAR. Sebenarnya aku saja je nak tengok2. Kami keluar dari rumah pukul 7.30 am. Pukul 8.30 am dah sampai kat bandar Dungun... kami bersarapan di Jalan Nibong Stesen.. Lepas bersarapan kami ke tempat peranginan di depan UITM Dungun. Saja je nak ambik hati anak2 yang nak tengok laut... Pukul 10.30 am kami bertolak ke MESRA MALL. Melilau hampir 2 jam kami pun bertolak balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 3.00 pm. Punyalah jauh perjalanan, aku hanya membeli sebuah novel yang berjudul 'CHINTA' oleh Norhayati Berahim. Tak ada 'less' pulak tu...uhukkkk!!! Tapi tak apalah janji puas hati dapat bawak anak2 jalan2...

Rabu, 17 Disember 2008

SELAMAT HARIJADI IMRAAN...

Tersengih je Si Tengah, seronok kerana dapat kek harijadi. Apa nak buat budak-budak...SELAMAT HARIJADI IMRAAN yang ke-6 tahun.









Si Bongsu sibuk juga nak nyanyi lagu SELAMAT HARI JADI....

Jumaat, 12 Disember 2008

KERONGSANG TU...





Cantik tak kerongsang ni. Inipun beli kat Rantau Panjang. Hubby yang bayarkan, katanya "hadiah harijadi". Alah abi, harijadi ibu lambat lagi tak kan tak ada lain kot....ahakkk!!

RANTAU PANJANG OH RANTAU PANJANG...

Niat nak jalan-jalan ke Rantau Panjang terlaksana sudah. Dari rumah
hubby dah 'list'kan barang-barang yang dia nak beli. "Minyak kereta,
makan ,minum dan belanja anak-anak biar dia yang tanggung" katanya.
Bertambahlah aku seronok... Aku turut mengajak pengasuh kesayangan anak-anak aku,boleh tahan jugak dia berbelanja... Rasanya tak adalah banyak mana barang yang dibeli...bila Mek
Kastam tahan, kena jugak tax RM15...

Rabu, 10 Disember 2008

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA...

Kesempatan musim cuti sekolah aku gunakan sepenuhnya. Pada sebelah malamnya antara Maghrib dan Isyak aku ambil peluang mengajar Si Tengah dan Si Bongsu membaca iqra' dan sembahyang. Mereka sangat gembira melakukannya...

Isnin, 8 Disember 2008

GATHERING KELUARGA PAK AWANG...

Inilah keluarga besar Pak Awang. Bahagianya di kelilingi anak menantu dan cucu-cucunya yang ramai. Tak apa Tok Ayoh tak lama lagi cucu2 akan bertambah berkali ganda... Gambar ini diambil pada Hari Raya Aidil Adha 2008 yang baru lalu... Jarang keluarga ini dapat berkumpul begini, semuanya ada...anak2, menantu2 dan cucu2...

Gathering diadakan sempena majlis Qurban, Aqiqah dan juga naik rumah baru Along Die... Meriahlah jugak sebab dapat makan free...

Along dan Mok Long Da



Inilah rumah kebanggaan Along...




Pak Awang dan anak-anaknya berlapan..
Belakang: dari kiri:
Fatihah(Che Tam), Shuhada(Che Teh), Noni(Che De), aku(Che Ngoh), Fatin(Che Su )


depan:dari kiri:
Nuar (Pok Wa), Along Die, Tok Ayoh, Tok Mok, Mel (Pok Mel)



Pak Awang bergambar bersama dengan anak dan menantu...
Belakang kiri:
Che Tam, Mok Long Da& Along Die, Pok Teh Mie & Che Teh, Che De & Pok De Aron, Pok Mel dan Che Su
Depan kiri:
Pok Wa & Che Ani, Tok Ayoh & Tok Mok, Pok Ngoh Kori @ Che Ngoh



Tok Ayoh & Tok Mok dengan sebahagian dari cucu-cucunya:
Belakang: Adlaan
Depan kiri: Imraan, Tini, Tok Ayoh, Tok Mok, Ainul(atas riba), Nurin dan Tina.
Tiada dalam gambar:
Hamim, Hasif, Fara dan Mat K

Sabtu, 6 Disember 2008

MONUMEN-MONUMEN DI TAMAN TAMADUN ISLAM...

Inilah antara monumen-monumen yang terdapat di Taman Tamadun Islam yang menjadi kebanggaan Kerajaan Negeri Terengganu...











Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.