Entah peringatan apa yang tuhan anugerahkan kepada kami sekeluarga... Bermula dengan Si Tengah yang sakit mata sehari sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun minggu lepas, berjangkit kepada hubby, kini terkena pula kepada aku dan Si Sulung dan akhir sekali sebagai penamat di terima pula oleh Si Bongsu. Hah, cukup satu keluarga. Walaupun sakit mata Si Tengah tetap ke sekolah menduduki PPTnya. Si Tengah memang berkobar-kobar nak periksa selepas tidak berpuas hari dengan pancapaian sebelumnya. Kali ini dia lebih rajin membuat latihan dan ulangkaji dengan target dapat 5A dengan kedudukan 5 teratas di dalam kelas, berbanding sebelum ini 5A dengan kedudukan 16/36 sahaja. Hubby juga walaupun sakit mata, tetap bekerja seperti biasa. Kalau suruh cuti macamlah kita ajak gaduh besar...
Aku? Satu hal lagi ni...seawal pagi hari pertama sakit mata, aku termenung depan bilik air. Nak pergi sekolah ke nak pergi klinik ni? Tanpa sedar aku dah menapak di sekolah dengan mata yang merah. Bukan aku tak nak cuti, sebenarnya seronok juga cuti awal ni....tapi kal
au cuti 'urgent' macam ni banyaklah kerja-kerja yang bakal terbengkalai nanti. Apatah lagi hari ini budak-budak periksa subjek aku, matematik....huh, seawal padi ini aku dah mengamuk...hanya kerana ada budak-budak tak bawa kalkulator untuk periksa. Huh, aku kalau dah meradang jangan dibuat main. Habis budak-budak tu aku hambat pergi cari kalkulator...kalau tidak, jangan masuk periksa. Kalau tak puas hati suruh mak ayah mari sekolah jumpa aku.... dah kena sembur macam tu, habis budak-budak tu diam terkedu... Aku ke klinik sebelah petang, itupun selepas dihambat pula oleh rakan sekerja kerana takut dijangkiti. Ada yang menjelir-jelirkan lidah dan sebagainya untuk mengelak. Aku tergelak jugak dengan gelagat kawan-kawan sekerja ni, kekadang mereka lupa...penyakit kalau dah nak datang..... Sesampai di klinik selepas mendaftar, aku diarah untuk diambil tekanan darah...mak oiiiii patutlah aku rasa kepala aku pening berdenyut-denyut dan nak muntah.... rupanya darah dah melambung 160/90. Tak pernah lagi darah aku tinggi macam ni... sebenarnya aku tak ada darah tinggipun selama ini...so aku pulak yang terkedu. Aku dapat MC 4 hari hingga Jumaat....huh cuti awallah aku. Seronok!!!!!!!
Aku sememangnya 'tension' habis hari ni, kejap tadi tu, hubby 'call' beritahu Si Sulung ada kat rumah. Cikgu dia suruh balik...sakit mata juga...uwaaaa!!!! Tak boleh periksalah nampaknya. Manalah darah aku tak naik...... Balik saja dari klinik, aku singgah rumah pengasuh Si Bongsu. Tengok-tengok Si Bongsu pulak sakit mata ditambah pula dengan demam. Huh... Nampaknya 2 minggu cuti sekolah ni, aku anak beranak kena berkurung tak boleh bercampur gaul dengan orang.....takut bawa penyakit.