Jumaat, 18 Mac 2011

JEJAK KASIH 1

Setelah 22 tahun ditinggal dan meninggalkan, tiba2 seseorang telah kembali menyapa telinga dan seterusnya mata ini setelah diri ini mencecah usia senja....


Dia.......kenangan yang ingin terus aku lupakan. Kini dia kembali pulang menjejak diri ini sekadar bertanya khabar dan aku hanya boleh menerimanya sekadar seorang kawan lama..........

Untuk dia.........., terima kasih kerana sudi mencari diri ini untuk merisik khabar........Aku mendoakan semoga dirimu berbahagia dengan anak2 dan isteri, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terimalah semua takdir tersirat dan yang telah tersurat, hanya DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.......

Kini ......aku akan terus melakar bahagia dengan suami yang aku pilih semenjak 16 tahun dulu. Tiada lagi kebahagiaan lain yang aku cari, dan aku mengharapkan engkaupun demikian juga...........Berbahagialah hendaknya.

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.