Sabtu, 3 Julai 2010

AKIBAT TAK DENGAR CAKAP IBU...

Dah jadi sejarah........handphone milik Si Sulung NOKIA N70 yang hubby hadiahkan sempena Si Sulung mendapat 5A dalam UPSRnya dulu, dah dipaw orang. Aku yang pada mulanya berang dengan perangai Si Sulung yang suka meronda di bandar K. Terengganu terpaksa akur dengan takdir yang ditentukan...Aku selalu ingatkan Si Sulung, supaya berhati-hati kerana di sekeliling kita ramai orang jahat tapi Si Sulung selalu mengambil mudah....
Aku bukannya sayang handphone yang hilang tetapi perangai Si Sulung yang tidak mendengar kata dan tidak mengendahkan nasihat membuatkan aku memarahinya di tengah-tengah orang ramai selepas kejadian itu. Panasnya hati aku ketika itu apabila suami memberitahu Si Sulung ke balai polis berdekatan untuk membuat report tentang kehilangan handphonenya.....

Inilah rupa handphone kesayangan Si Sulung. Masa beli dulu mahal la juga...RM700.

Masa kejadian Si Sulung tidak keseorangan tetapi bersama kawan baiknya Amir. Maka bukan Si Sulung sahaja yang dipaw, Amir juga kehilangan handphone NOKIA3110nya. Katanya 2 orang bermotosikal menghampiri mereka dan berhenti untuk merampas kedua-dua handphone tersebut. Mereka tidak melawan kerana takutkan pisau yang mereka ada....




Ini la handphone Amir yang dirampas penyangak berdua tu. Juga hadiah kerana berjaya dapat 5A dalam UPSR dulu....

Termenung la budak2 berdua ni kerana sayangkan handphone masing2. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran bagi mereka berdua dan tidak lagi suka2 meronda tanpa arah tujuan. Susahnya nak besarkan anak2 remaja ni....

2 ulasan:

Unknown berkata...

haha.. betul la kak b.
blog kak b dah looping. kalo run prog mesti kena maroh doh ni sbb bazir space & running time.
mesti kena cepat2 betulkan sblm kena denda..

ShalbySalbina berkata...

Tu la, mcm mana nak buat ni...ada sesiapa boleh tolong tak...
Kena study HTML dia nampaknya, belajar programming semula....

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.