Rabu, 10 Mac 2010
BILA HUBBY TIADA DI RUMAH...
5 hari bekerja hubby keluar berkursus, membuatkan aku bagaikan kucing hilang anak. Bukan selalu tetapi hanya sekali sekala, membuatkan aku merasakan sukar untuk menguruskan anak2 sendirian. Kalau hubby ada, urusan anak2 semuanya di'settle'kannya dengan mudah...aku hanya bawa diri sendiri sahaja di waktu pagi. Rutin ini membuatkan aku agak manja dan mengada2..he he.
Bila hubby tiada, aku terpaksa bangun seawal 5.oo pagi dan keluar rumah tidak lewat dari 6.30 pagi. Suasana masih gelap sehingga aku terpaksa menggunakan lampu suluh untuk ke kereta,mengangkut beg dan sebagainya... Aku menghantar Si Bongsu ke rumah pengasuhnya sebelum menghantar Si Tengah ke sekolah. Aku kena pastikan aku tiba di sekolah Si Tengah tepat 7.00 pagi sekiranya aku tidak mahu terlewat sampai ke sekolah aku mengajar. Aku bawak kereta macam pelesit.... dengan ini aku akan tiba sekolah sebelum 7.20 pagi...
Hari ini dalam sejarah, kerana keadaan masih gelap aku tak nampak jelas apa yang aku buat...membuatkan aku memakai name tag terbalik. Aku tak perasan sekiranya tidak ditegur oleh PKHEM...eeee malunya. PKHEM tu siap sengih2 lagi...lucu sangat la tu... Aku berlagak selamba kononnya macho la padahal bila sampai saja kat bilik guru aku ketawa bagai orang gila..ha ha ha. Kelakar kelakar....
Kisah name tag terbalik menjadi cerita kat kantin hari ni...masing-masing ketawa kelucuan.....
Aku teringat satu cerita masa kat SMK Chendering. Kisah rakan setugas aku yang baru saja bertukar masuk ke sana pada tahun lepas. Hari pertama dia mendaftar diri, dia ditegur oleh pengetua Che Mek Kamariah kerana memakai name tag terbalik. Aku ketawakan dia pada masa tu...ha ha ha. kelakar ! kelakar !.
Ini pula kisah seorang rakan sejawat di sini. Katanya kat rumah dia letak name tag setempat dengan name tag suaminya. Entah macamana suatu hari tu dia memakai name tag suami dia ke sekolah ... ha ha ha, aku tak boleh bayangkan kalau aku terpakai name tag hubby .... macamana kalau SALBINA menjadi SHAHRI....
Daripada kisah name tag kita bertukar kepada cerita yang lebih kelakar lagi...kisah masa belajar dulu.... Si SHA, kawan aku ni cerita masa kat ITM Dungun dulu...pernah seorang kawan dia yang terlambat bangun tidur terkocoh-kocoh ke kelas dengan mengelek cermin muka yang disangkakan fail. Ha ha ha... aku berair mata, sebab terlalu banyak sangat ketawa....
Sebagai penutup aku teringat pula kisah kawan sebilik aku SUWARTINI ...juga masa kat ITM Dungun dulu yang tercari-cari 'bra' untuk dipakainya. Aku masa tu melopong sebab aku lihat dia dah pun memakai bra. At last dia ambil 'bra' lain dan terus memakainya sehingga lah dia perasan dia dah pun memakai 'bra'.... dia ketawa dan aku terlebih lagi ketawa... Apa nak buat aku memang suka ketawa... ha ha ha. Ketawa untuk awet muda...


0 ulasan:
Catat Ulasan