Rabu, 3 Disember 2008

TAMAN TAMADUN ISLAM...TERENGGANU

Hari Jumaat 28.11.2008, dalam hujan yang agak lebat jugalah...aku dan family merayap ke Taman Tamadun Islam. Saja jelah bawak si Tengah dan si Bongsu melihat suasana di pinggiran laut di samping aku nak hilangkan tension sebab dah 2 minggu memerap di rumah. Bukan main suka lagi dia orang main hujan... Si Sulong tak teruja sangat sebab dia dah pergi masa pembukaan dulu. Hajat hati nak masuk tengok monumen dalam taman tu, tapi memandangkan hari dah beransur senja (masa tu pukul 5.00 ptg) terpaksalah aku batalkan niat setelah dibantah oleh hubby. "Kita datang lain kali" katanya... Nak masuk dalam tu kena bayar RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk budak 7-12 tahun. Kalau tak bayar bolehlah sekadar nak melawat Masjid Kristal... Aku sempat ambik gambar monumen-monumen tu, tau macamana? Aku curi ambik melalui celah-celah pagar...tapi gambar tak berapa cantiklah....

0 ulasan:

Inilah kepantasan aku menaip...masih belum berpuas hati kerana target aku 60 perkataan seminit.